Kelantan Darul Naim FC ganti Kelantan United

Iklan
Kelantan Darul Naim FC akan menggantikan Kelantan United dalam saingan Liga Super musim ini.

KOTA BHARU - Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akan menggantikan Kelantan United dalam saingan Liga Super musim ini.

Keputusan itu selari dengan penukaran nama Kelantan United kepada KDN FC berkuat kuasa serta-merta selepas kelulusan pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB).

Iklan
Iklan

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, penjenamaan semula nama dan logo diharap mampu membawa perubahan kepada pasukan itu.

"Kita mahu memberikan cabaran dalam saingan musim ini sekali gus mengembalikan semula imej bola sepak negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, penjenamaan semula nama dan logo kelab adalah disebabkan keinginan pihak pengurusan untuk menyatupadukan semula para penyokong dan pendukung bola sepak di bawah satu bendera iaitu Kelantan.

"Pengurusan tertinggi kelab ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada MFL dan FIB kerana menerima seterusnya membenarkan penjenamaan semula kelab dan pasukan untuk menghadapi persaingan musim 2024/25.

Iklan

"Berikan sokongan dan sorakan anda kepada kami, penuhkan stadium dan jangan lupa untuk menyokong setiap barangan rasmi kelab agar perjuangan yang dimulai sejak 2019 terus bersemarak dan mekar di jiwa warga Kelantan Darul Naim," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28