Lelaki didakwa curang maut ditikam kekasih

Iklan
Mangsa maut ditikam kekasihnya dalam kejadian dekat sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.Gambar hiasan

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.

Difahamkan, punca kejadian dipercayai bermotifkan cemburu serta mangsa yang merupakan jurufoto sambilan itu didakwa curang

Iklan
Iklan

Suspek yang juga bekas pelajar perubatan itu berjaya diberkas anggota polis di sekitar kawasan Hospital Cyberjaya selepas dipercayai membawa kekasihnya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, laporan sebelum itu dibuat pada jam 9.41 pagi oleh doktor yang menerima mangsa di hospital.

Iklan

"Doktor berkenaan mendapati mangsa dibawa dari sebuah klinik swasta. Doktor itu kemudiannya memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa namun tiada sebarang tindak balas.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di pergelangan tangan kiri dan kaki kiri," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, hasil siasatan kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek seorang wanita tempatan di kawasan Hospital Cyberjaya.

"Suspek berumur 26 tahun itu diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

"Semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman enam hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!