Harga dalam negara juga kena turun
Iklan
Walaupun harga tepung dunia mula menurun, kesannya belum dapat dirasai di Malaysia.
SHAH ALAM - Harga komoditi seperti beras dan gandum serta makanan di negara ini perlu lebih murah seiring dengan penurunan indeks harga makanan dunia.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, dalam banyak kes yang berlaku sebelum ini, penurunan harga sering kali perlahan, tidak sebagaimana apabila berlakunya kenaikan harga di pasaran.