Kisah profesor bahasa terbilang
Iklan
Profesor Emiratus Abdullah Hassan
PROFESOR Emiratus Abdullah Hassan sudah berusia 82 tahun. Dalam dunia linguistik bahasa Melayu di negara ini, beliau adalah satu nama gah dan terbilang.
Karya-karya akademik beliau mengenai bahasa banyak diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku-buku yang dihasilkan menjadi rujukan para pelajar universiti di dalam dan luar negara yang mempelajari bidang bahasa Melayu.