Perdana Menteri dan China
Iklan
China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan antara kedua-dua negara dikatakan telah mencapai rekod AS$203.6 bilion pada tahun 2022. Gambar hiasan.
KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan negara China sangat membimbangkan dan menunjukkan pemimpin negara telah terperangkap dengan kebergantungan kepada ekonomi China.
AP melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia membela hubungan dengan China dan mengadu tentang desakan yang didakwanya datang dari Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas negara-negara rantau untuk memihak dalam pertentangan strategik Barat dengan Beijing.