Ramadan paling sukar di bumi Gaza
Iklan
Penduduk Gaza masih terperangkap dalam perang yang sudah berlarutan selama lebih lima bulan. Foto Xinhua.
GENTING GAZA - Bagi umat Islam di seluruh dunia, ketibaan bulan Ramadan adalah paling ditunggu-tunggu pada setiap tahun untuk memperbanyakkan ibadah dan menikmati juadah berbuka yang enak.
Tetapi, situasi berbeza bagi penduduk Gaza pada tahun ini selepas mereka masih terperangkap dalam perang yang sudah berlarutan selama lebih lima bulan.