Hadi Awang berkerusi roda ke Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN
Iklan
Abdul Hadi disorong keluar dewan menaiki kerusi roda selepas selesai sesi pagi Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN di ibu negara pada Sabtu.
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat berkerusi roda ketika menghadiri Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) di sini pada Sabtu.
Beliau yang turut terlibat dalam salah satu sesi wacana program berkenaan diiring dan dibantu untuk berjalan ke tempat duduk ketika menuruni tangga pentas.
Iklan
Iklan
Begitu juga selepas selesai sesi bergambar, Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi dibantu untuk duduk di kerusi roda sebelum disorong keluar dari dewan.
Sebelum ini Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dilapor berkata, Abdul Hadi berdepan masalah kesihatan selepas tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada 26 Februari lalu.
Iklan
Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi Presiden Pas di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong.
Bagaimanapun pada 1 Mac lau, Mohd Syahir yang juga setiausaha politik Abdul Hadi memaklumkan tahap kesihatan Abdul Hadi beransur pulih namun masih terhad selepas menerima rawatan susulan di hospital sejak hujung Februari lalu.
Iklan
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>