Pendedahan terbaik buat Cheng Hoe
Iklan
Laporan Sukan Sinar pada Rabu. Gambar kecil: Irfan Bakti
KEPUTUSAN Tan Cheng Hoe menyahut cabaran mengendalikan kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC satu tindakan berani bagi mengembangkan karier kejurulatihannya.
Itu reaksi pengendali berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkenaan keputusan Cheng Hoe menyahut cabaran di Liga Thailand.
Iklan
Iklan
"Satu pendedahan positif apabila beliau berani menyahut cabaran biarpun mengetahui intensiti tinggi liga Thailand yang kompetitif tambahan pula mengendalikan Police Tero.
"Malah, satu nilai tambah pengalaman melatih pasukan tempatan berprofil tinggi seperti Kedah dan Selangor serta skuad kebangsaan, secara tidak langsung bantunya sepanjang bersama Police Tero.
Iklan
"Biarpun begitu, satu pesan saya adalah sama seperti melatih mana-mana pasukan pun untuk meraih keputusan positif, kerjasama dan komunikasi setiap lapisan pasukan adalah penting untuk sesebuah kelab tersebut stabil serta berjaya,” katanya semasa Majlis Perjumpaan Semula Ulangtahun Ke-50 (1974-2024) Intake 27 Kem Sebatang Karah, Port Dickson pada Sabtu lalu.
Sebelum itu, Cheng Hoe menyifatkan peluang mengendalikan Police Tero yang sedang bergelut dalam Liga 1 Thailand merupakan satu cabaran baharu dalam karier kejurulatihannya.
Iklan
Walaupun mengakui tanggungjawab mencabar, namun bekas pengendali Kedah itu optimis pengalaman bersama pasukan kebangsaan dan kelab Liga Malaysia mampu menghasilkan keputusan positif.
Malah, katanya, Police Tero juga pentas terbaik bagi menguji kemampuan melatih pasukan saingan liga antara yang terkuat di Asia Tenggara.
"Saya mahu mencari cabaran baharu, itu faktor Police Tero menjadi pilihan, selain saingan Liga Thailand merupakan antara liga terkuat di Asia Tenggara sama seperti pasukan kebangsaan, Thailand.
"Saya perlukan sedikit masa untuk membimbing pasukan meraih kemenangan dan yakin dapat mengemudi Police Tero kembali semula ke prestasi terbaik seperti sebelum ini,” katanya kepada Sukan Sinar.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com