Apa akan berlaku pada 'Bersatu 6'?
Iklan
Dari kiri atas: Syed Abu Hussin Hafiz, Zahari, Mohd Azizi. Dari kiri bawah: Iskandar Dzulkarnain, Suhaili, Zulkafperi
APA yang akan berlaku kepada enam ahli Parlimen Bersatu (‘Bersatu 6’) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Sudah pasti, pindaan perlembagaan parti yang diluluskan pada Sabtu lalu bagi menggugurkan secara automatik wakil rakyat ingkar arahan parti perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).