Hidup bukan sekadar untung dan rugi
Iklan
Tiada kayu ukur yang tepat untuk menghitung kejayaan dan kegagalan seseorang dalam kehidupan, namun, masih ramai yang terikat dengan ukuran untung dan rugi sepanjang proses kehidupan. Gambar hiasan 123RF
HAKIKATNYA, tiada kayu ukur yang tepat untuk menghitung kejayaan dan kegagalan seseorang dalam kehidupan, namun, masih ramai yang terikat dengan ukuran untung dan rugi sepanjang proses kehidupan.
Jika untung, bergembiralah mereka meraikan kejayaan tersebut. Sebaliknya, jika rugi meranalah badan. Justeru, ramai yang berusaha mencari untung dan menjauhi kerugian.