Perkenal insurans warga emas, perkukuh dana persaraan

Iklan
Malaysia perlu mengambil berat isu ketidakcukupan simpanan persaraan pencarum KWSP.

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan penyelesaian menyeluruh sebagai persediaan menghadapi negara menua menjelang 2030 merangkumi pengenalan insurans khas bagi warga emas dan memberi tumpuan utama kepada isu ketidakcukupan simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berkata, di tengah-tengah kos perbelanjaan penjagaan kesihatan global yang semakin meningkat, Malaysia boleh mengadaptasi sistem insurans jangka masa panjang (LTCI) negara Jepun yang dibiayai menerusi gabungan hasil cukai kerajaan atau negeri dan premium pemegang polisi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, LTCI meliputi penjagaan di rumah, bantuan rumah, perkhidmatan jururawat melawat, perkhidmatan berasaskan komuniti, perkhidmatan komuniti dan penjagaan kemudahan, rumah penjagaan orang tua dan sebagainya.

"Saya tahu, satu daripada modul pembiayaan kesihatan iaitu insurans kesihatan sosial sedang dikaji. Untuk LTCI mungkin kita dapat mulakan dengan golongan menua supaya beban kewangan kesihatan dapat dikawal dan mereka mendapat penjagaan terbaik.

Iklan

Di samping itu, Kelvin turut memaklumkan peningkatan perbelanjaan hidup dan pengeluaran sebahagian besar simpanan KWSP semasa wabak Covid-19 telah menyebabkan beberapa ahli"miskin sebelum mereka bersara".

Katanya, daripada keseluruhan ahli KWSP, hanya empat peratus yang mampu bersara selesa dengan memiliki simpanan RM600,000 dan ke atas.

Iklan

Justeru, bagi menangani masalah ini, beliau menyarankan kerajaan melihat isu berkenaan dengan serius.

"Jadi, apa rancangan kerajaan menangani isu dan adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula sumbangan daripada majikan dan pekerja, untuk memastikan simpanan lebih tinggi selepas bersara?

"Walaupun polisi ini ada kebaikan, ia perlu dibincangkan secara menyeluruh termasuk antara pihak berkepentingan dengan majikan dan ia haruslah dilaksanakan apabila keadaan ekonomi kondusif bagi semua pihak," tegasnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28