Singapura tawar geran untuk konsert Taylor Swift

Iklan
Taylor Swift. - AFP

SINGAPURA - Singapura menyediakan geran bagi membantu membawa penyanyi Taylor Swift ke negara itu dalam siri jelajah The Eras Tour di satu-satunya negara Asia Tenggara.

Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Kebudayaan dan Lembaga Pelancongan Singapura berkata, pihak berkuasa telah bekerjasama secara langsung dengan penganjur konsert tersebut.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu susulan laporan bahawa Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin minggu lalu mendakwa republik itu telah membuat perjanjian eksklusif dengan Swift untuk membuat persembahan hanya di Singapura dan bukan negara lain di Asia Tenggara.

Bagaimanapun Singapura enggan mendedahkan jumlah geran dan tidak pula menyatakan perjanjian eksklusif telah dicapai bersama pihak Swift.

Iklan

Katanya, kemungkinan besar konsert ikon pop itu akan 'menjana manfaat besar kepada ekonomi Singapura'.

Seorang veteran dalam perniagaan hiburan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu AFP bahawa tawaran eksklusif 'bukan perkara luar biasa untuk diminta tetapi tidak begitu biasa bagi artis untuk memenuhi permintaan itu'.

Iklan

Sejak berjaya membasmi wabak Covid-19, Singapura berjaya menarik ramai artis antarabangsa termasuk Blackpink, Harry Styles, Ed Sheeren dan Coldplay.

Difahamkan Swift akan mengadakan enam persembahan di Stadium Nasional pada awal Mac dengan 300,000 peminat dijangka hadir.

Selepas Singapura, Swift akan menyambung konsertnya ke Eropah dalam siri jelajahnya yang diramalkan menjana keuntungan AS$2 bilion (RM9.46 bilion). - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!<