Kerusi Bersatu tapi Majlis Tertinggi PN akan putuskan
Iklan
Keputusan akhir sama ada Bersatu akan bertanding kesemua enam kerusi Parlimen jika berlaku kekosongan hanya akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi PN.
SHAH ALAM - Keputusan akhir sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding kesemua enam kerusi Parlimen jika berlaku kekosongan hanya akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, kerusi berkenaan secara dasarnya adalah milik parti itu, sebagaimana agihan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).