Huthi serang kapal milik Israel di Laut Arab

Iklan
Yahya Sarea. - Agensi

KAHERAH - Jurucakap tentera Huthi, Yahya Sarea mengakui kumpulannya telah menyasarkan kapal MSC SKY Israel di Laut Arab.

Pejuang Huthi sudah berulang kali melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas syarikat perkapalan komersial antarabangsa sejak pertengahan November lalu.

Iklan
Iklan

Mereka mendakwa tindakan itu dilakukan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin dalam menentang tentera Israel di Gaza.

Serangan-serangan yang dilakukan di Laut Merah mengganggu perjalanan kapal syarikat global sehingga mereka terpaksa mengatur perjalanan alternatif yang lebih jauh dan mahal di sekitar selatan Afrika.

Iklan

Tindakan Huthi turut mencetuskan kebimbangan bahawa perang Hamas-Israel akan merebak dan menyebabkan ketidakstabilan lebih teruk di Timur Tengah.

"Angkatan Tentera Laut Yaman menjalankan operasi yang menyasarkan kapal MSC SKY Israel di Laut Arab dengan melancarkan beberapa peluru berpandu yang terkena sasaran,” kata Sarea dalam ucapan disiarkan di televisyen.

Iklan

Tambah beliau, insiden terjadi beberapa jam selepas satu operasi berasingan oleh Huthi, dengan mereka menyasarkan sejumlah kapal perang milik Amerika Syarikat di Laut Merah.

"Menerusi dua operasi ini, kami membuktikan keupayaan untuk menyasarkan kapal perang dan kapal biasa secara serentak,” katanya sambil berikrar akan terus menyerang kapal-kapal yang melalui Yemen sehingga Israel berhenti menyerang Gaza. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!