YAN - Jerami gulung yang menjadi tumpuan orang ramai di Jalan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering di sini terbakar dalam kejadian kira-kira 1.10 tengah hari Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan kebakaran jerami di tapak lokasi jerami gulung terbabit.