Selangor jamin JER kekal harga barang bagi bantu rakyat
Iklan
Izham Hashim (kiri), Tangkap layar hantaran Izham dii aplikasi X pada Isnin.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa semua harga barangan ditawarkan dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) dikekalkan bagi meringankan beban rakyat di negeri ini.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, tindakan itu selaras hasrat pentadbiran kerajaan negeri mahu meringankan beban rakyat ketika sesi persekolahan bakal bermula.
Iklan
Iklan
Malah menurutnya, perbelanjaan rakyat juga dijangka meningkat dalam membuat persediaan khususnya yang beragama Islam dalam menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal.
"Sesi persekolahan bakal bermula, Ramadan dan Syawal bakal menjelma. Kerajaan Negeri amat memahami situasi ketika ini.
Iklan
Terdahulu, melaporkan kerajaan negeri juga akan meningkatkan kekerapan program jualan murah menjelang Ramadan dan Aidilfitri bagi menampung keperluan rakyat.
"Kita akan bincang lokasinya tetapi itu bukan isunya kerana yang penting meningkatkan kekerapan jualan,” kata Izham ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Pertanian Madani Kota Raja 2024.
Iklan
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>