Jutawan Jepun tawar RM37 juta untuk pengikut Twitter

Iklan
Yusku Maezawa. - Foto AFP

TOKYO - Seorang jutawan fesyen di Jepun akan menghadiahkan AS$9 juta (RM37 juta) kepada pengikutnya di Twitter untuk melihat sama ada bayaran itu mampu meningkatkan kebahagiaan mereka.

Yusaku Maezawa akan memberi AS$9,000 (RM37,000) kepada 1,000 orang pengikut yang dipilih secara rawak yang tweet semula entri beliau pada 1 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Ia adalah eksperimen sosial yang serius. Saya harap ia dapat menarik minat ahli akademik dan ekonomi," katanya dalam video pendek disiarkan di saluran YouTube miliknya.

Maezawa yang menjadi penumpang swasta pertama yang terbang mengelilingi bulan dengan SpaceX milik Elon Musk terkenal kerana sering berbelanja tinggi terhadap seni dan kereta sukan.

Iklan

Beliau yang baru-baru ini menjadi tajuk utama berita susulan perpisahannya dengan teman wanita iaitu pelakon Ayame Goriki mempunyai hampir tujuh juta pengikut di Twitter.

Usahawan itu juga kini mula berjinak-jinak membuat video di YouTube termasuk mengadakan lawatan di dalam jet peribadinya. - Agensi

Iklan