10 rumah di Bongawan musnah dalam kebakaran

Iklan
Antara rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Laut Bongawan, Papar.

PAPAR - Sebanyak 10 rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Laut Bongawan di sini pada Isnin.

Operasi memadamkan kebakaran sedang giat dilakukan oleh pasukan bomba di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis Jaffar Bin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.02 tengah hari.

Menurutnya, seramai enam anggotanya dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Kimanis.

Iklan

"Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu tular satu video berdurasi 11 saat memaparkan rumah di sebuah perkampungan di Bongawan musnah dijilat api manakala beberapa penduduk sedang menyelamatkan barangan masing-masing.

Iklan

Turut kelihatan penduduk cuba menenangkan mangsa yang dipercayai terjejas dalam kebakaran tersebut.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28