Bersatu rugi jika pecat enam ahli Parlimen - Pakar
Iklan
Tindakan pemecatan Ahli Parlimen Bersatu disebabkan menyokong pihak lawan hanya akan merugikan parti itu. Gambar kecil: Mohammad Tawfik
SHAH ALAM - Sebarang tindakan pemecatan Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disebabkan menyokong pihak lawan hanya akan merugikan parti itu kerana kedudukan kerusi Parlimen masih kekal dengan wakil rakyat tersebut.
Penganalisis Politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, kerana itu Bersatu perlu menangani dengan sebaiknya isu kedudukan enam ahli Parlimen mereka yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.