Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang

Iklan
Penduduk Taman Malihah mengharungi banjir untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat hujan yang turun secara berterusan sejak semalam lagi di kawasan itu ketika tinjauan petang tadi. Foto Bernama

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak kian meningkat malam ini dengan lebih 1,000 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri itu.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.