Isu sistem ali baba: Cadang hukuman penjara 10 tahun
Iklan
Perbuatan mengalibabakan lesen perniagaan kepada warga asing seolah-olah menjadi normalisasi di sesetengah tempat. Gambar kecil: Muhammad Hafiz
SHAH ALAM - Hukuman berat termasuk penjara wajar dikenakan terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengamalkan sistem ali baba supaya perbuatan tersebut tidak terus 'membarah' di negara ini.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Muhammad Hafiz Mohd Shukri berkata, sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengelakkan lesen atau kontrak yang diberikan tidak disalahgunakan sehingga menyebabkan kerugian kepada negara.