Bagaimana sistem ali baba gadai nasib bumiputera
Iklan
Perbuatan ali baba disifatkan sebagai ‘virus’ yang merosakkan ekonomi negara apabila lesen perniagaan atau kontrak diperoleh dari kerajaan disewakan kepada orang lain untuk mendapatkan untung atas angin. Gambar hiasan (Gambar kecil: Muhamad Zharif)
ALI baba merujuk kepada penyalahgunaan sistem perniagaan apabila lesen atau kontrak yang diperoleh digadai kepada orang lain untuk mendapatkan keuntungan atas angin.
Antara sektor yang sering dikaitkan dengan amalan ali baba ialah perniagaan borong dan runcit, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan profesional.