PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
Iklan
SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Keadilan (MPN) Selangor mendesak Perikatan Nasional (PN) negeri menyatakan pendirian berhubung rasa amat dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kenyataan yang dibuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan beliau pada 20 Februari lepas.
Timbalan Pengerusinya, Borhan Aman Shah dalam kenyataan pada Jumaat berkata, tindakan membisu pimpinan PN Selangor yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan seolah-olah mereka sanggup membelakangi titah Sultan Sharafuddin semata-mata untuk menjaga hati pemimpin dan penyokong Pas.