'Karier profesional saya telah dirampas' - Pogba

Iklan
POGBA. - AFP

BINTANG Perancis, Paul Pogba berkata dia terkejut dan patah hati selepas dikenakan penggantungan empat tahun daripada bola sepak oleh tribunal anti-doping Itali susulan positif ujian untuk testosteron Ogos lalu, kata kelabnya Juventus pada Jumaat.

Jurucakap Juventus berkata, mereka telah dimaklumkan mengenai keputusan terhadap pemain berusia 30 tahun itu yang telah digantung sejak September sementara menunggu ujian penuh doping itu.

Iklan
Iklan

"Kami menerima makluman daripada tribunal pagi ini," kata jurucakap itu.

Pogba mengumumkan dia akan merayu keputusan itu yang dilihat berisiko menamatkan kerjayanya dalam bola sepak.

Iklan

Dia juga menyifatkan keputusan itu tidak betul dan dia menafikan pernah menggunakan bahan meningkatkan prestasi.

"Apabila saya bebas daripada sekatan undang-undang, cerita penuh akan menjadi jelas, tetapi saya tidak pernah tahu atau sengaja mengambil sebarang suplemen yang melanggar peraturan anti-doping," katanya.

Iklan

Penggantungan itu bermakna Pogba tidak akan dapat bermain lagi sehingga musim 2027/28 dan dia akan berusia 34 tahun pada ketika itu.

Pendakwa raya anti-doping menggesa agar larangan empat tahun dikenakan ke atas bekas pemain tengah Manchester United itu, yang didapati positif pada perlawanan pembukaan Serie A menentang Udinese pada 20 Ogos tahun lalu.

Sebulan kemudian sampel B mengesahkan kehadiran testosteron dan dia telah digantung sementara sejak tarikh itu.