Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, didorong oleh kenyataan BNM berhubung nilai mata wang itu. - Gambar hiasan
RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung nilai mata wang itu.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7400/7455 berbanding dolar AS 4.7690/7730 ketika ditutup pada Rabu.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenyataan bank pusat itu memberi rangsangan kepada peniaga tempatan meskipun ketika peserta pasaran memantau perkembangan penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat.
Beliau berkata, mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar AS hari ini dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.13 peratus kepada 103.838 mata.
Iklan
"Ini berlaku berikutan pasaran menunggu laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) malam ini," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Mata wang tempatan itu menokok berbanding pound Britain kepada 6.0042/0111 daripada 6.0199/0250 semalam, ia mengukuh berbanding euro kepada 5.1434/1493 daripada 5.1510/1553 sebelumnya, tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.1642/1681 daripada 3.1635/1664 ketika ditutup pada Rabu.
Prestasi ringgit juga lebih baik berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ia meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2140/2345 daripada 13.2252/2421 ketika ditutup pada Rabu dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.5257/5301 daripada 3.5405/5437 sebelum itu.
Mata wang tempatan itu naik berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.47/8.49 semalam dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.0 daripada 303.8/304.3. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>