Jual murah kerana guna barang subsidi Malaysia?
Iklan
Antara lokasi pelancongan di Hatyai yang sering diserbu rakyat Malaysia kerana harga makanan yang murah dan sedap.
NARATHIWAT, THAILAND - Peniaga makanan di sini tidak menolak dakwaan penggunaan barangan subsidi Malaysia yang di seludup melalui pangkalan haram di Sungai Golok membolehkan pelanggan menikmati hidangan pada harga murah.
Mendedahkan perkara itu kepada Sinar Harian, seorang peniaga makanan yang dikenali sebagai Syam, 35, berkata, tindakan tersebut membantunya mengurangkan kos dalam penghasilan makanan.