Maklumat dikutip di tepi longkang - Tuan Ibrahim
Iklan
Gambar dimuat naik Muhyiddin (kanan) di Facebooknya pada 14 Februari lalu membuktikan hubungannya dengan Abdul Hadi masih baik dan mesra seperti selalu. (Gambar kecil: Tuan Ibrahim)
SHAH ALAM - Hubungan Presiden Pas, Tan Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih mesra dan baik seperti biasa.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, dakwaan bahawa hubungan Abdul Hadi dengan mantan Perdana Menteri kelapan itu dingin adalah satu fitnah dan berniat jahat serta sengaja ditimbulkan bagi melaga-laga pemimpin PN.