Gol Faisal ada peluang menang Puskas
Iklan
Faisal Halim ketika meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub. Foto Bernama
GOL cantik pemain sayap negara, Faisal Halim ketika perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan pada aksi Piala Asia di Qatar dilihat mempunyai peluang untuk memenangi anugerah Puskas.
Bekas pemenang Puskas 2016, Mohd Faiz Subri berkata, dia tumpang bangga dengan gol berkualiti tersebut dan sepatutnya ia dihantar ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk dicalonkan dalam anugerah itu.
Iklan
Iklan
"Kalau tengok dari segi gerakan dan jaringan memang cantik. Bagaimana Faisal boleh mengacah dan dia kreatif untuk menjaringkan gol dari sudut macam tu.
"Jaringannya memang berkualiti. Insya-ALLAH kita doakan yang terbaik untuk Faisal sekiranya tercalon dalam Puskas," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.
Iklan
Sebelum ini, Faisal membanggakan negara apabila jaringannya diundi sebagai gol terbaik sepanjang Piala Asia yang berlangsung di Qatar baru-baru ini.
Pemain lincah berjaya 'menipu' pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.
Iklan
Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.
Dalam pada itu, Faiz percaya pengiktirafan tersebut juga sebagai satu anugerah besar kepada pasukan negara dan percaya ia mampu meningkatkan tonik Harimau Malaya.
"Ia menjadi pemangkin terbaik untuk skuad negara kerana pengiktirafan seperti itu bukan mudah untuk dicapai terutama di pentas tertinggi Asia," katanya.
Faiz sebelum ini mencipta sejarah apabila muncul pemain bola sepak Asia pertama merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, menerusi jaringan sensasinya yang berjaya mendapat undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus.
Jaringannya dari jarak 35 meter disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari 2016
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com