Ubah nasib bumiputera, usah malu contohi Cina
Iklan
Tunku Abdul Rahman (kanan) ketika menghadiri KEB kali ke-2 yang berlangsung pada September 1968.
Menyingkap kembali sejarah penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), ia telah dirasmikan buat julung kali oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Hasilnya, sejumlah 70 resolusi diluluskan antaranya cadangan menggantikan nama RIDA (Rural & Industrial Development Authority) kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan penubuhan Bank Bumiputera yang modalnya dibiayai kerajaan.