Bantuan Kembali Ke Sekolah terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Iklan
Kamil Munim mewakili Anwar menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah Parlimen Tambun. Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan 'Kembali Ke Sekolah', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata demikian susulan program Kembali ke Sekolah yang diadakan di Parlimen Tambun baru-baru ini.