Cuaca panas: Penduduk kurangkan aktiviti luar elak strok haba
Iklan
Penduduk minum air bagi menghilangkan dahaga akibat cuaca panas di Kedah. (Gambar kecil: Shuib dan Rodziah)
ALOR SETAR - Penduduk di Kedah terpaksa mengurangkan aktiviti di luar untuk mengelakkan strok haba berikutan suhu panas sehingga mencecah 40 darjah Celsius terutamanya di daerah Pokok Sena pada Rabu.
Seorang petani, Shuib Mat, 62, mengakui, dia terpaksa memendekkan waktu ketika berada di kawasan sawah padi susulan cuaca panas yang melanda Kedah ketika ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia tidak tahan untuk berada lama di kawasan panas disebabkan keadaan cuaca panas sejak dua minggu lepas.
"Saya hanya mampu melakukan kerja di sawah padi dalam tempoh dua jam sahaja dan tidak mampu berada lama berikutan kemarau melanda Kedah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Alor Melintang, Jalan Gunung Keriang pada Rabu.
Iklan
Sementara itu, surirumah, Rodziah Saad,62, berkata, dia turut mengurangkan sebarang aktiviti di luar rumah semenjak cuaca panas berterusan di negeri ini.
Katanya, dia turut memperbanyakkan minum air ketika ini berbanding sebelum ini.
Iklan
"Disebabkan cuaca panas, saya buka kipas angin pun rasa bahang kehangatan yang melanda," katanya.
Seorang pekerja swasta, Jasmin Suhana Mohd Hanapiah,50, berkata, cuaca panas tidak menghalangnya daripada menyertai aktiviti luar disebabkan telah mengambil langkah sewajarnya.
Jasmin memakai topi ketika melakukan aktiviti luar berikutan cuaca panas melanda Kedah.
"Antaranya, saya memakai baju nipis, topi serta melakukan aktiviti luar pada sebelah pagi ataupun lewat petang sahaja," ujarnya.
Katanya, dia turut mengamalkan beberapa perkara termasuklah minum air dalam kuantiti banyak, memakai losyen pelindung suria serta akan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan sekiranya alami simptom strok haba.
Sebelum ini, Sinar Harian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan amaran gelombang haba tahap dua di Kedah berikutan suhu dikhuatiri mampu mencecah 40 darjah Celsius sepanjang hari pada Rabu.
Antara daerah dikesan dilanda suhu panas termasuklah Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Setar dan Langkawi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.