Lelaki tempatan direkrut jadi 'transporter'
Iklan
Telefon bimbit yang dirampas daripada salah seorang suspek warga tempatan menemui beberapa gambar PATI selain resit disyaki berkaitan kegiatan haram itu. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
KOTA BHARU - Pergerakan mencurigakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz membongkar kegiatan seorang lelaki tempatan yang dipercayai direkrut sebagai transporter untuk membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kenderaan itu dikesan melalui laluan Kubang Kerian ke Pasir Puteh di sini sebelum ditahan di Jalan Bukit Marak/Jalan Peringat, Bachok pada Rabu.