PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu

Iklan
Shtayyeh telah memaklumkan keputusan pengundurannya pada minggu lalu sebelum surat bertulis dihantar secara rasmi. Foto Agensi

RAMALLAH - Pergolakan politik di Tebing Barat yang ditadbir gerakan Fatah semakin jelas selepas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada Isnin mengumumkan pengunduran kerajaan pimpinannya pada Isnin.

Beliau memaklumkan langkah politik baharu diperlukan berikutan realiti yang berubah di Genting Gaza.

Iklan
Iklan

"Saya sudah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Presiden Mahmoud Abbas,” katanya sambil menambah keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan konflik di Gaza dan peningkatan insiden keganasan di Tebing Barat serta Baitulmaqdis.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan pada minggu lalu sebelum surat bertulis dihantar secara rasmi.

Iklan

Keputusan mengejutkan itu dibuat selepas beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) menggesa pembaharuan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang akan mengambil alih wilayah Palestin selepas perang Gaza berakhir.

"Fasa dan cabaran seterusnya akan digalas kerajaan baharu yang akan mengambil kira situasi terkini di Gaza,” ujarnya yang mencadangkan konsensus antara Palestin dan peluasan kuasa PA ke seluruh wilayah Palestin.

Iklan

Sejak 2007, kepimpinan Palestin telah dibahagikan antara PA yang dipimpin Abbas yang mempunyai kuasa terhad di Tebing Barat dan Hamas yang mentadbir Genting Gaza. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28