Faisal Halim menang gol terbaik Piala Asia
Iklan
Faisal (kanan) selepas menjaringkan gol pada perlawanan Korea Selatan menentang Malaysia bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub. Foto Bernama
PEMAIN sayap sensasi negara, Faisal Halim memenangi gol terbaik pada Piala Asia Qatar apabila jauh mendahului pesaing lain selepas undian ditutup pada awal pagi Isnin.
Sebelum ini, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyenaraikan gol Faisal ketika perlawanan terakhir Kumpulan E menentang Korea Selatan di Stadium AlJanoub bersama tujuh lagi gol untuk diundi sebagai gol terbaik kejohanan bola sepak tertinggi Asia itu.
Iklan
Iklan
Faisal memperolehi undian sebanyak 85 peratus meninggalkan jaringan pemain Jordan, Mousa Al Tamari yang mengumpul hanya sembilan peratus undian, pemain Korea Selatan, Son Heung-min (tiga peratus), Supachok Sarachat dari Thailand (satu peratus) dan Sardar Azmoun dari Iran (satu peratus).
Tiga gol lagi iaitu daripada pemain Jepun, Keito Nakamura, Hassan Al Haydous (Qatar) dan Abdulrahman Ghareeb (Arab Saudi) tidak menerima sebarang undian.
Iklan
Faisal mencipta sensasi dengan gol menariknya itu apabila berjaya 'menipu' pertahanan dan penjaga gol Korea termasuk pemain yang beraksi bersama Bayern Munich, Kim Min-jae sebelum menjaringkan gol.
AFC sebelum ini turut menilai gol daripada Faisal itu sebagai satu keajaiban yang berlaku di pentas Piala Asia.
Iklan
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>