Usaha majukan Sidam, angkat suara komuniti Siam
Iklan
Bau Wong (kiri) ketika menyantuni masyarakat di sekitar Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
MENJADI satu-satunya wakil rakyat daripada masyarakat Siam, Bau Wong Bau Ek bukan hanya berhasrat membawa suara komuniti itu ke peringkat lebih tinggi, namun berikrar mengetengahkan beberapa masalah yang dihadapi masyarakat Siam di Kedah sejak sekian lama.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam yang berperwatakan tenang itu berpandangan bahawa, peranan sebagai ADUN tidak boleh dipandang mudah dan tugas serta tanggungjawab besar yang dipikul itu seharusnya mengambil kira pelbagai aspek dan keadaan semasa.