Terjerat panggilan telefon, suri rumah hilang RM181,650

Iklan
Gambar kecil: Mohd Yusri

TAIPING - Seorang suri rumah kerugian RM181,650 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi telefon yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang dan polis di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 55 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang maklumkan bungkusan kirimannya mempunyai tiga kad pengenalan dan pasport serta dua kad bank.

Iklan
Iklan

"Mangsa menafikan membuat penghantaran ke Kuantan, Pahang sebelum menerima panggilan daripada suspek kedua yang menyambungkan talian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

"Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Chong memaklumkan mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan berpakat dengan pengurus bank dengan menjual akaun bank bagi aktiviti jenayah tersebut," katanya.

Iklan

Menurut beliau, suspek cuba memberi jalan penyelesaian kes dengan mendedahkan maklumat tiga akaun bank kononnya untuk semakan Bank Negara Malaysia.

"Mangsa diarahkan memasukkan kesemua wang simpanan ke dalam akaun bank yang diberikan suspek bagi tujuan siasatan atau akaunnya bakal dibekukan.

Iklan

"Kerana ketakutan, mangsa melakukan 20 transaksi pindahan wang ke empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM181,650. Setelah sedar, mangsa membuat laporan polis pada Sabtu," katanya.

Mohd Yusri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28