Kerajaan perlu segera beri kata putus harga siling beras
Iklan
Kerajaan perlu menetapkan harga siling beras pada kadar segera kerana ia melibatkan makanan ruji rakyat Malaysia. Gambar kecil dari kiri: Nadzim, Ahmad)
SHAH ALAM - Kerajaan perlu segera memberi kata putus berhubung penetapan harga siling beras dalam negara.
Pengarah Urusan Bidara Flour Mills Sdn Bhd, Ahmad Hassan berkata, tindakan melengah-lengahkan penetapan harga siling menyebabkan rakyat terbeban dengan kos makanan yang semakin meningkat.