Sektor pelancongan negara masih bawah paras prapandemik

Iklan
Sektor pelancongan negara dilaporkan masih berada di bawah paras prapandemik walaupun kadar ketibaan dan perbelanjaan pelancong telah merekodkan pertumbuhan positif. Foto hiasan

SHAH ALAM - Sektor pelancongan negara dilaporkan masih berada di bawah paras prapandemik walaupun kadar ketibaan dan perbelanjaan pelancong merekodkan pertumbuhan positif.

Menurut Ahli Lembaga Tourism Malaysia (TM), industri tersebut perlu bersaing dengan negara-negara jiran secara lebih kompetitif memandangkan ia merupakan salah satu penyumbang utama terhadap ekonomi Malaysia.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan pelbagai maklum balas yang diterima, terdapat keperluan untuk sektor berkenaan meningkatkan dan membuat perubahan terutamanya dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara agar selaras dengan keperluan masa kini.

"Kami menyokong penuh hala tuju perubahan strategik yang dibawa oleh Menteri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing bersama pihak kementerian tersebut menerusi kerjasama penuh," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilaporkan berkata, penyusutan nilai ringgit boleh memberi impak positif terhadap sektor pelancongan.

Jelas beliau, kedudukan itu akan menarik dan mendorong kedatangan pelancong luar terutama dari negara yang mempunyai nilai lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia (RM) berbelanja di negara ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahli Lembaga TM memaklumkan, pihaknya akan berusaha memberi maklum balas dan panduan bagi memastikan aspirasi daripada pihak MOTAC dapat diterima serta dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik.

"Kami tetap teguh dan komited dalam melakukan apa yang terbaik demi kepentingan negara," katanya.