PM ajak umat Islam tingkatkan ibadat pada malam Nisfu Syaaban
Iklan
Foto Facebook Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.
"Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak. Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.
Iklan
Iklan
Anwar turut menyarankan agar pada malam Nisfu Syaaban malam ini, umat Islam bermunajat dengan sepenuh hati dan mendoakan rakyat Palestin yang kini terus diserang tanpa belas kasihan diangkat martabat dan maruah mereka.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Nisfu Syaaban, iaitu hari ke-15 atau pertengahan bulan Syaaban merupakan antara hari yang dimuliakan Allah dan umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar pada malamnya dan berpuasa pada siangnya. - Bernama
Iklan
Iklan
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>