Jalan berliku untuk pembaharuan
Iklan
Pengurangan hukuman Najib dikatakan memberi kesan besar kepada kepercayaan seluruh rakyat terhadap sistem keadilan negara.
SAYA memohon jutaan maaf kepada pembaca yang dihormati dan tentunya editor kerana gagal menghantar artikel seperti dijadualkan dua minggu lalu.
Ia kejadian yang sangat jarang berlaku dalam tempoh 16 tahun saya sebagai kolumnis, disebabkan saya telah tercedera semasa acara berbasikal di Jempol, sebahagian daripada acara akhir sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-76.