Pelaburan asing boleh naikkan nilai ringgit
Iklan
Modal pelaburan asing yang masuk ke Malaysia akan membantu meningkatkan semula nilai ringgit kerana adanya pertukaran mata wang dalam jumlah yang besar. (Gambar kecil: Shazali)
SHAH ALAM - Modal pelaburan asing yang masuk ke Malaysia akan membantu meningkatkan semula nilai ringgit kerana adanya pertukaran mata wang dalam jumlah yang besar.
Pakar Ekonomi University College i-CATS, Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, disebabkan itu perlu dipastikan modal pelaburan benar-benar mengalir ke negara ini.