Shah Firdaus, Izzah Izzati rangkul gangsa di India

Iklan
Shah Firdaus

DUA pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mempamer aksi memberangsangkan selepas masing-masing meraih pingat gangsa dalam acara pecut lelaki dan wanita, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India pada Jumaat.

Muhammad Shah Firdaus menamatkan saingan dengan keputusan 2-0 ke atas wakil Taiwan Shih Feng Kang pada perlumbaan penentuan pingat gangsa menurut laman sesawang https://atresults2.wixsite.com/attiming/acct2024.

Iklan
Iklan

Terdahulu, beliau yang juga merupakan pemenang pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir pada Mac lepas gagal melangkah ke final selepas tewas kepada wakil China Li Zhiwei, 0-2, dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati mengiringi kejayaan sama selepas menewaskan wakil Jepun Aki Sakai, 2-0.

Iklan

Beliau terlepas peluang untuk merebut pingat emas dan perak selepas tewas kepada wakil China Tong Mengqi 0-2 di peringkat separuh akhir. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan