'Saya kecewa, apa salah saya' - Ammar

Iklan
Ammar - Foto: Bernama, Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM -"Saya kecewa dan apa salah saya?” demikian luah Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang akan ditamatkan perkhidmatannya berkuat kuasa 24 Februari ini.

Beliau berkata, berita penamatan tersebut begitu mengejutkan buat dirinya kerana telah berkhidmat selama 36 tahun dalam industri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu di mana kesalahan saya tetapi Menteri ada jawapan di sebalik semua ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.

Iklan

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa 'tidak sehaluan' dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Iklan

Mengulas mengenai punca penamatan perkhidmatan itu, Ammar berkata, sebagai kakitangan kerajaan yang telah lama berkhidmat, beliau sentiasa melakukan tugas mengikut prosedur dan tatacara betul.

"Mungkin ada separuh atau sesetengah perkara yang menteri (King Sing) minta saya buat begitu begini.

"Bagaimanapun, kita kena faham. Menteri ini bukan kakitangan awam. Kadang-kadang dia tidak faham,” ujarnya.

Pada masa sama, Ammar turut menjelaskan bahawa, bermula Isnin depan, beliau difahamkan akan bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Tourism Malaysia.

"Sekarang ini menurut surat pada Isnin (26 Februari). Saya bukan lagi Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Menteri telah lantik Ketua Pengarah baharu.

"Saya difahamkan akan ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perancangan.

"Orang akan lihat keadaan ini, sebagai satu penurunan pangkat bagi saya daripada Ketua Pengarah kepada Timbalan Ketua Pengarah,” katanya.