Fesyen tie-dye kembali trending

Iklan
REKAAN tie-dye Marcelo Burlon County of Milan dengan rona hitam putih yang dikongsikan menerusi portal farfetch.com.

FESYEN tie-dye yang merujuk kepada rekaan persis kain pelangi itu sebenarnya mula popular di India (dikenali sebagai Bandhani) dan kemudian berkembang di Jepun (dikenali sebagai Shibori).

Sebelum fesyen itu menular ke Amerika Syarikat, corak ikat dan celup tersebut menjadi kegilaan bukan sahaja golongan wanita bahkan kaum Adam.

Iklan
Iklan

Pada tahun 2020, corak tie-dye dikatakan bakal menjadi trend dalam industri fesyen dunia.

Kesimpulan itu dibuat apabila ramai pereka terkemuka menampilkan gaya unik berkenaan pada rekaan musim panas.

Iklan

Seperti yang dikongsikan patternbank.com, beberapa koleksi corak dan cetak dengan pelbagai rona vibrant berwarna-warni dipaparkan.

REKAAN tie-dye Marcelo Burlon County of Milan dengan rona hitam putih yang dikongsikan menerusi portal farfetch.com.

Begitu juga dengan rekaan yang dikongsikan melalui farfetch.com. Laman web itu menghimpunkan pelbagai jenis hoodie dengan rona tie-dye yang unik rekaan Mauna Kea dan Marcelo Burlon County of Milan serta banyak lagi rekaan.

Iklan

Mungkin trend fesyen seumpama itu boleh menjadi pilihan buat si jejaka yang inginkan kelainan outfit of the day tahun baharu untuk penampilan yang lebih stailo.