Pharmaniaga kemuka Pelan Regularisasi ke Bursa Malaysia
Iklan
Pharmaniaga
PHARMANIAGA Berhad pada Jumaat mengumumkan langkah penting ke arah pemulihan kewangan dengan mengemukakan Pelan Regularisasi ke Bursa Malaysia.
Pharmaniaga Berhad dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat sebagai usaha untuk meningkatkan kedudukan kewangan sekali gus keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Iklan
Iklan
Katanya, Pelan Regularisasi menggariskan pendekatan holistik untuk meningkatkan ekuiti kumpulan dan meminimumkan kerugian terkumpul.
"Terbitan hak menawarkan peluang kepada pemegang saham yang sedia ada untuk meningkatkan penyertaan demi masa depan Pharmaniaga.
Iklan
"Di samping itu, penempatan persendirian dapat menarik potensi strategik pelabur untuk menyumbang kepada peningkatan nilai dan pertumbuhan kumpulan dalam sektor kesihatan," ujarnya pada Jumaat.
Tambah kenyataan itu, pemegang saham utama kumpulan iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad (BHB) komited untuk memastikan gabungan hak mereka kepada terbitan hak yang berjumlah RM190 juta diambil sepenuhnya.
Iklan
"Sementara menunggu kelulusan daripada Bursa Malaysia, pelan itu dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada suku keempat tahun fiskal berakhir 31 Disember 2024," jelasnya
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>