‘Saya ambil tanggungjawab ini’ - Adam Adli
Iklan
Adam Adli
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan susulan tular isu ahli AMK negeri berhasrat menganjurkan percutian ke Hatyai, Thailand.
Beliau berkata, AMK di setiap negeri bebas untuk mengadakan apa sahaja program dalaman yang bertujuan mengukuhkan hubungan dalam organisasi mengikut acuan organisasi masing-masing.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia sebagai persediaan awal untuk siri latihan intensif di setiap negeri anjuran AMK Pusat menerusi Akademi Keadilan Rakyat (AKAR) yang telah ditakwimkan bermula Ahad depan.
"Selepas ‘retreat’ di Kuala Lumpur bulan lalu, saya beri mandat dan kebebasan buat teman AMK di negeri masing-masing untuk anjur apa sahaja program dalaman.
Iklan
"Sayang sekali pengajaran buat teman AMK yang sedang meningkat naik datang dari insiden sebegini,” katanya menerusi hantaran di X pada Khamis.
Sebelum ini, tular di media sosial X apabila orang ramai mempertikaikan tindakan ahli AMK memuatnaik hebahan poster percutian ke Hatyai, namun enggan mengulas isu berbangkit dalam negara.
Iklan
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memaklumkan, AMK sentiasa terbuka dan menghargai segala teguran, kritikan serta pandangan orang ramai.
"Ada yang cepat kita baiki, ada yang masih belum berhasil,” ujarnya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor diadakan awal demi bebaskan Najib - Anwar"><meta itemprop="description" content="Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan awal semata-mata kerana ada pihak yang mahu kembali berkuasa demi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, PH terpaksa berdepan pilihan raya itu bagi memastikan kestabilan negara dapat dikekalkan selain meneruskan kerjasama baik antara kerajaan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786563/berita/politik/prn-johor-diadakan-awal-demi-bebaskan-najib---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #PH
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-06T06:02:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalyyiq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalyyiq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalyyiq"></script>