Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen forum terbaik pantau kementerian

Iklan
Fahmi Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan di Parlimen merupakan forum terbaik untuk memantau perjalanan setiap kementerian dalam Kerajaan Perpaduan berbanding Kabinet bayangan yang dibentuk Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, konsep Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebenarnya memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen, serta dianggotai oleh semua Ahli Parlimen daripada pelbagai parti.

Iklan
Iklan

PN pada Februari 2023 mengumumkan pembentukan barisan 'Kabinet' bagi menyelaras pengurusan parti-parti sebagai pembangkang di Parlimen, dan terkini pada 8 Februari lepas PN mengumumkan lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam 'Kabinet Bayangan’.

Terdapat sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas yang tersenarai di portal rasmi Parlimen Malaysia https://parlimen.gov.my/jawatankuasa-pilihan-khas-temp.html?uweb=dr&, merangkumi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi. - Bernama

Iklan

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28