PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), Selangor tidak pernah menewaskan pasukannya dalam tempoh lapan tahun.
Malah, Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor menerusi satu komen di laman Instagram JDT, officialjohor menyifatkan kejayaan Selangor FC mara ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) atas hasil bantuan mata AFC MA Ranking yang diraih skuad Harimau Selatan itu.
"4-0 away (tempat lawan), 4-0 home (gelanggang sendiri), 2-0 home. Jumlah agregat 10-0... last time (kali terakhir) JDT kalah dengan Selangor FA zaman Datuk Subahan. Ketika itu bajet (RM) 14 juta sahaja.