Tindakan lebih tegas kepada pencemar
Iklan
Sungai Rambai dikelaskan sebagai satu-satunya sungai tercemar yang berada dalam Kelas Lima Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020. Gambar kecil: Dr Zaki Zainudin
SHAH ALAM - Pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang memperuntukkan denda sehingga RM15 juta bagi pesalah alam sekitar yang mencemarkan sumber air masih tidak memadai tanpa tindakan berani daripada pihak kerajaan.
Pakar Kualiti Air dan Pemodelan Kualiti Air, Ir Dr Zaki Zainudin berkata, biarpun draf pindaan dikemukakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu menyaksikan kenaikan denda sehingga puluhan kali ganda berbanding RM500,000, namun terdapat banyak premis yang tidak cakna berkenaan peraturan alam sekitar ini termasuk industri kecil, bengkel, aktiviti pertanian dan perlombongan.