'Perjuangan ini bukan untuk saya tetapi Melayu, Islam'
Iklan
Muhyiddin ketika diwawancara oleh Sinar Harian di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Selasa. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima tamparan hebat apabila enam ahli Parlimennya secara terbuka menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan itu secara tidak langsung menimbulkan spekulasi dalam kalangan orang ramai bahawa parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu kini berada di ambang perpecahan.